Monday, 23 March 2015

Dunia Baru

Assalamualaikum..

Banyak jugak aku nak tulis but masalahnya malas nak menaip selepas abis study ni.. Btw, Here I go again.. Lepas tamat konvo kat UMS, aku dah selangkah keluar dari sarang untuk memanfaatkan apa yang aku belajar kat sana.. suka duka manis pahit dan bermacam ragam.. First yg aku fikir adalah kerja dan nak dirikan rumah tangga.. yes.. For me, tu yang penting.. Jauh dah aku hanyut masa study.. main sana sini.. Teruk sosial life aku.. Enjoy memanjang..

Tapi Alhamdulillah.. Aku dpt konvo dengan keputusan memuaskan.. Kini masa untuk kejar cita2.. Kejar apa yg aku sering lupakan..

Buat syg aku, thankz for sabar dgn aku..
Aku selalu merajuk.. selalu tak sekepala ngan kamu.. But dlm hati ni banyak tempat yg ada kamu.. Dalam bergaul, bersuka ria, selalu rindu kamu.. Always.. Kalau kamu baca its ok.. Kamu tak pernah nak tahu sejarah aku.. Dan aku pon tak sanggup nak bagitau.. Sakit, pedih dan peritnya kalau kamu tahu.. Sebab itu ianya kekal rahsia..

Setiap manusia ni ada banyak rahsia.. Tak semua rahsia boleh dikongsi even dengan org yang paling rapat.. No No No.. Kamu tak boleh tahu.. Tapi satu hal yang aku nak bagi tahu, Aku sayang kamu.. Kamu banyak tolong aku.. Bantu aku dan lebih dasyat, kamu bagi semua yang aku mintak dari kamu.. Aku rasa bersalah sangat sebab tarik kamu ke dunia aku.. I'm so sorry syg.. Aku janji akan setia dengan kamu..

Last utk kali ni, Now, aku Temporary work at shell.. Kerja kuli yang biasa2 untuk bantu diri n family.. Sooner or later, I will go and take you my dear.. Take you to be my beloved wife.. Thankz a lot for being my lovely person.. I love you..

Sekian..

Tuesday, 29 October 2013

KESALI TINDAKAN..

Assalamualaikum..

Buat pertama kalinya untuk sem ini aku menulis di blok ini.. Memang begitu banyak yang dilalui sepanjang masa antara post ni dengan yang sebelumnya. Bukan mudah nak bahagi masa menaip di sini.. Banyak lagi benda penting yang nak ditaip.. Tesis, Proposal, Artikel, Rumusan Buku, dan bermacam-macam tugasan sebagai student Final Year.. Herm.. Tak aku sangka masa begitu cepat berlalu.. Sedar tak sedar aku dah tnggal kurang setahun je lagi kat UMS ni.. Yes, memang aku tak sabar nak tamatkannya.. Dalam masa yang sama aku masih sangat takut nak hadapi apa yang akan aku lalui bila dilepaskan dalam masyarakat nanti.. Bukan senang nak hidup jika tak cukup ilmu di dada.. Cukup-cukup pon banyak masalah, apatah lagi yang tak cukup? Lagi la bertimbun masalah yang nak mai.. 

Haaa.. Tu cuma mukhaddimah.. panjang lagi ni.. First point adalah berkenaan dengan masalah yang dihadapi.. Oleh siapa? Aku lah.. Ye, masalah yang aku hadapi.. Agak banyak jugak.. Boleh masuk mahkamah pon ada ooo.. Mula-mula sem, banyak tugasan yang aku dapat dari lecture.. Sebenarnya tugasan tu untuk senior, but senior suruh aku uruskan dan dorang lepas macam tu je.. Masalah yang timbul ni bukan nak salahkan sesiapa, but ini semua berkaitan tanggungjawab.. Aku studen inter dan masih tak banyak yang aku tau hal-hal kelab ni.. Jadi bila dibagi tugas ni, kerjasama dari ahli kelab.. Akubatnya menda tu banyak yang aku urus sendiri.. Sudah pasti akan ada kesilapan.. Dan kesilapan terbesar adalah kelab kehilangan RM2500.. Thats my fault and I'm working on it.. Untuk membalikkan yang setimpal dengan kehilangan, aku mula kerjasama dengan AJK kelab yang baru.. Masih lagi mencuba untuk tidak merugikan sesiapa..

Yang kedua, berkaitan Hati.. Bagi sesiapa yang kenal aku, dorang tau apa yang ada dalam hati aku dan apa yang selalu menjadi masalah kat aku.. Tapi, aku seorang yang banyak memendam(bukan dendam).. Bagi aku, rahsia aku bukan lagi untuk aku kongsi walaupun dengan orang yang betul-betul aku percaya.. Kenapa? cerita pada masa aku sekolah menengah dulu.. Aku ada seorang rakan karib yang banyak yang aku share dengan budak ni.. Yes, PEREMPUAN.. Benda yang aku share adalah sangat banyak termasuklah yang tersangat private and confidential.. Takyah pikir jauh la ea.. Dan pada masa yang aku tak sedar, rupanya banyak rasia aku tu dia bagitau kat kawan-kawan dia.. Mulanya aku tak tahu, but bila aku rasakan makin ramai kawannya rapat dengan aku(sangat rapat) termasuklah senior.. Sehingga aku sering digunakan oleh mereka.. Dan oleh sebab itulah aku dah takda kepercayaan kepada sesiapa untuk mensharing hal yang sewaktu dengannya dengan sesiapa sampai sekarang..

Ketiga, Aku sendiri alami masalah dalam membuat keputusan berdasarkan tekanan.. I'm so sorry.. Kamu memang tak bersalah.. Aku terlalu teruja dan kecewa sehingga mempermainkan hati dan perasaan sendiri.. Aku cuba untuk menggatikan seseorang dengan seseorang yang lain secara paksaan.. Malangnya, hati kata "TIDAK" dan makin lama aku cuba, makin teruk kesannya kat diri aku sendiri.. Aku sedar, sumpah dan janji yang kita buat tu ada kesannya.. Kalau kita mungkir janji yang kita buat dengan diri sendiri, sangat dasyat kesannya kat hati kita ni.. Aku alaminya kini.. Dan pastinya aku rasa kesal sangat.. Bila aku tau hal sebenarnya, kurang sikit tegang dalam dada ni.. Maafkan saya..

Setakat ini dulu buat masa sekarang.. Aku akan cuba luangkan masa dengan blog aku balik.. tak payah baca pon takpa.. just untuk aku memantapkan kemahiran menaip.. Sekian..

Thursday, 19 April 2012

PENGKRITIK.

Assalamualaikum.. Salam Satu Malaysia.. Salam Satu UMS Kampus Ceria..

Topik saya hari ni ada lah pengkritik.. Semua orang yang gemar berkata-kata ini tidak dapat dinafikan bahawa mereka adalah pengkritik.. Cuma persoalannya adalah, adakah kritikan mereka itu merupakan kritikan bernas yang membina atau sebaliknya.. Itu yang mesti difikirkan sebelum berkata-kata.. Setiap orang boleh bercakap sesuka hati mereka atas dasar kebebasan bersuara(tidak melibatkan golongan kurang berkeupayaan) tetapi adakah mereka boleh berkelakuan seperti apa yang keluar dari mulut mereka? Mari kita renungkan bersama..

Agak sukar untuk seseorang itu mengawal percakapannya jika dia memang seorang yang suka bercakap.. Secara teknikalnya memang tidak boleh kerana memang lumrah manusia yang lebih gemar mengikut kebiasaan daripada kewajipan.. Firman Allah SWT yang bermaksud "Allah Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al-Quran. Allah menciptakan manusia, mengajarnya berbicara dan menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya".. Jadi Kebebasan bersuara yang diperjuangkan di Barat dalam Demokrasi telahpun dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-quran. Walaubagaimanapun, terdapat juga batas-batas yang tidak boleh diperkatakan oleh seseorang bagi menjaga hak individu lain.. Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata".. Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa adalah menjadi tanggungjawab seseorang mukmin itu untuk menjaga percakapannya supaya tidak mencetus kemarahan, mengguris perasaan adau mengaibkan individu lain..
Jadi ingatlah bahawa dalam setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ini mempunyai impak yang besar jika tidak dikawal.. Pepatah melayu mengatakan "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".. Seseorang yang tidak mencaga percakapannya juga digelar "Mulut Tempayan" kerana sentiasa terbuka dan tidak boleh dirapatkan bibirnya.. Akan tetapi, masyarakat menggunakan talam untuk menutup mulut tempayan, jadi adalah tidak salah bagi kita untuk meletakkan talam di bibir mereka yang "Mulut Tempayan" sebagai cara  untuk menutup mulut mereka..
Renung-renungkan..
Wallahualam..

Wednesday, 18 April 2012


APAKAH UNSUR-UNSUR KEKUATAN NEGARA? BAGAIMANAKAH NEGARA MENGUKUR DAN MENINGKATKAN KUASA KETENTERAANNYA?


Oleh Amir Syarkawi Bin Abu Samah
16 November 2011




Pengenalan.
Negara ialah sesuatu kawasan yang didiami oleh sekumpulan manusia yang mempunyai sistem pentadbiran sendiri termasuklah mengatur ekonomi, politik, sosial, ketenteraan dan keamanan Negara tersebut. Sesebuah Negara itu dipanggil Negara jika mempunyai ciri-ciri berikut iaitu, kerajaan yang berdaulat, penduduk yang taat setia, dan wilayah yang bersempadan.[1] Menurut Roger F. Soltau,Negara ialah alat yang mengarur dan mengendalikan persoalan bersama atas nama masyarakat. Menurut George Jellinek, Negara ialah organisasi kekuasaan dari kelompok manusia yang telah mendiami sesuatu kawasan. Manakala menurut Prof. R. Djokosoetono, Negara dilihat sebagai satu organisasi manusia yang berada dibawah satu pemerintahan yang sama. Antara fungsi sesebuah Negara ialah untuk mensejahterakan rakyatnya, melaksanakan ketertiban, mempertahankan keamanan dan menegakkan keadilan. Sesebuah Negara yang berjaya ialah Negara yang mampu member kebahagiaan kepada rakyatnya, membawa kesejahteraan kepada rakyat, menegakkan undang-undang yang digubal untuk mengawal rakyat dan mempertahankan rakyat dan wilayah daripada sebarang gangguan dari dalam dan luar Negara.
Unsur-unsur dalam kuasa kerajaan (negara).
          Kuasa Negara ialah kemampuan sesebuah untuk mengekalkan kewujudan Negara tersebut dalam sistem antarabangsa. Sesebuah Negara yang kuat mampu mengawal atau mempengaruhi Negara lain dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Negara yang mempunyai kuasa kerajaan yang kuat lazimnya menduduki tangga teratas dalam sistem antarabangsa yang berbentuk anarki. Sebelum perang Napoleon, Negara yang terkuat ialah Itali manakala selepas perang dunia pertama, Britain/British muncul sebagai kuasa terkuat setelah berjaya menguasai 1/3 dunia. Sehingga kini, Amerika Syarikat masih menduduki anarki teratas sejak tamatnya perang dunia kedua selepas kejatuhan Kesatuan Soviet(USSR) pada era perang dingin. Sejak kebelakangan ini, struktur hubungan kuasa antara Negara-negara telah menjadi lebih rumit juga dipanggil “devolution of power”.[2]
Unsur penting dalam kuasa sesebuah Negara/kerajaan ialah kuasa ketenteraan. Kuasa ketenteraan merujuk kepada kekuatan infantri(bilangan), persenjataan, dan jumlah pangkalan tentera di seluruh dunia. Seperti yang diketahui umum, Amerika Syarikat merupakan Negara yang paling berpengaruh dalam bidang ketenteraan terutamanya terhadap Negara yang sedang membangun. Dalam tahun 2001 hingga 2003, Amerika mempunyai lebih 730 pangkalan senjata dan pangkalan tentera di lebih 50 buah Negara seluruh dunia.[3]
Selain itu, unsur dalam kuasa sesebuah Negara ialah ekonomi Negara tersebut. Hal ini termasuklah kestabilan nilai matawang Negara tersebut. Sesebuah Negara yang mempunyai nilai matawang yang tinggi dan stabil akan berada di atas dalam anarki sistem antarabangsa. Negara yang menghasilkan produk siap yang sangat diperlukan oleh Negara membangun akan menjadi Negara yang sangat berpengaruh dalam sistem antarabangsa. Negara tersebut juga akan mengusai ekonomi dunia kerana mereka akan membeli bahan mentah dari Negara pengeluar bahan komoditi[4] dengan harga rendah dan menghasilkan produk siap yang lebih tinggi nilainya dan menjual semula kepada Negara pengeluar dengan harga lebih tinggi.
Keluasan wilayah juga merupakan salah satu unsur yang ada dalam kuasa sesebuah Negara. Wilayah sesebuah Negara yang luas lazimnya mempunyai kuasa kerajaan yang agak kuat berbanding Negara lain.[5] Ini kerana Negara tersebut mampu menangkis serangan musuh apabila diserang kerana musuh memerlukan masa yang lama untuk menakluk Negara tersebut. Ini akan memberi kesempatan kepada Negara itu untuk menyediakan kelengkapan pertahanan sebelum musuh berjaya sampai ke ibu kota.
Seterusnya, pengaruh sesebuah Negara dalam sistem antarabangsa juga merupakan unsur dalam kuasa Negara. Contohnya kewujudan kuasa veto dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) yang berkuasa dalam banyak keputusan pertubuhan tersebut. Negara-negara ini dipanggil kuasa besar selepas memenangi perang dunia kedua. Negara yang berada berdekatan dengan salah satu Negara kuasa besar ini lazimnya akan dipengaruhi sama ada dalam aspek ekonomi, politik mahupun sosial dan jika menentang ataupun terdapat perbezaan pendapat, kebarangkalian untuk diserang atau dijajah adalah sangat tinggi.[6]
Mengukur kuasa ketenteraan.
            Terdapat beberapa perkara yang diambil kira dalam mengukur dan menentukan kekuasaan ketenteraan sesebuah Negara. Walau bagaimanapun, perkara-perkara ini boleh di bahagikan kepada dua bahagian iaitu nyata dan tidak nyata. Ukuran yang nyata antaranya ialah geografi dan demografi. Dalam faktor ini, perkara utama ialah keluasan Negara itu sendiri. Keluasan Negara itu menentukan strategi peperangan dan pertahanan Negara tersebut. Selain itu, keluasa wilayah juga lazimnya mempengaruhi jumlah penduduk di sesebuah Negara yang seterusnya akan memudahkan Negara tersebut untuk mendapatkan tenaga kerja untuk mengekstrak sumber-sumber Negara tersebut. Negara yang luas mempunyai banyak kawasan yang mampu membekalkan bahan mentah atau komoditi penting untuk pembangunan Negara tersebut.
          Akhir sekali, lokasi dan persempadanan Negara tersebut. Lokasi yang strategi akan memudahkan sesebuah Negara untuk menguruskan ketenteraan untuk menyerang mahupun mempertahankan diri. Negara Amerika contohnya, bersempadan dengan Russia di bahagian barat tetapi berada dalam kawasan Negara-negara membangun iaitu di bahagian selatan. Oleh sebab itu, kekuatan pertahanan lebih ditumpukan di sempadan Amerika-Russia iaitu di Alaska. Kedua-dua Negara kuasa besar ini sentiasa berjaga-jaga dan menyimpan prasangka antara satu sama lain. Walaupun era perang dingin sudah berlalu, kelihatannya kedua Negara ini masih terlibat dalam perlumbaan senjata.[7]
          Sumber semulajadi dan ekonomi sesebuah Negara juga merupakan faktor nyata dalam mengukur kuasa ketenteraan. Kekayaan sesebuah Negara sangat bergantung kepada sumber komoditi seperti arang batu, petroleum dan uranium yang amat penting untuk sektor perindustrian. Negara yang luas dan mempunyai sumber yang mencukupi adalah Negara yang berkelebihan "self sufficient”.
          Faktor tidak nyata pula termasuklah kualiti pemimpin sesebuah Negara, kualiti perisikan, kesihatan dan teknologi persenjataan. Sesebuah Negara yang mempunyai pemimpin yang berkaliber akan mempunyai keistimewaan dalam mendapatkan status Negara kuat.[8] Contohnya, kebangkitan Negara Jepun semasa perang dunia kedua adalah disebabkan pentadbiran pemimpin yang bagus iaitu Maharaja Mikado Meiji yang bermatlamat untuk memajukan Jepun dan menguasai sistem antarabangsa. Negara juga dianggap kuat apabila mendapat sokongan daripada rakyat dan masyarakat antarabangsa. Seterusnya, kualiti perisikan dan teknologi persenjataan sesebuah Negara juga menjadi faktor tidak nyata tentang kuasa dan kekuatan sesebuah Negara. Agensi perisikan contohnya CIA memainkan peranan penting dalam mengumpul maklumat awal tentang musuh dan menganalisa kemampuan musuh dan kelemahan sebagai persediaan sebelum menghadapi serangan atau melancarkan serangan. Menurut Kautilya dalam karyanya Artasastra bahawa sesebuah kerajaan perlu menjalankan usaha memujuk, mempengaruhi dan mendesak musuh tidak kira dengan apa cara sekalipun termasuklah dengan cara perisikan.[9]

 Mengejar(meningkatkan) kuasa tentera.
          Kepentingan kuasa ketenteraan pada abad ini merupakan satu kewajipan terhadap sesebuah negara jika mahu terus wujud dan berdaulat dalam sistem antarabangsa. Terdapat beberapa kaedah atau cara yang dilakukan oleh negara-negara dalam mengejar kuasa ketenteraan. Walaupun era perang dingin iaitu zaman perlumbaan senjata dan teknologi yang sengit antara dua kuasa besar dunia iaitu Amerika dan USSR, kebanyakan negara terutamanya negara kuasa besar masih lagi mengejar dan meningkatkan kuasa tentera masing-masing. Pada tahun 2008, negara yang berada dalam lima tangga teratas dalam perbelanjaan ketenteraan adalah negara kuasa besar seperti dalam jadual dibawah.

Negara
Perbelanjaan US dolar
(Bilion)
% keseluruhan dunia
Kedudukan
Amerika Syarikat
711
42.28
1
China
121.9
8.28
2
Russia
70
4.75
3
United Kingdom
55.4
3.76
4
Perancis
54
3.67
5
Jadual 1: perbelanjaan ketenteraan negara kuasa besar tahun 2008.

          Cara yang pertama dalam mengejar dan meningkatkan kuasa tentera ialah dengan menjalinkan kerjasama ketenteraan dengan negara lain. Cara ini dapat menjamin keselamatan sesebuah negara kerana dengan terjalinnya hubungan erat, negara lain akan membantu negara tersebut jika berhadapan dengan serangan musuh. Perikatan seperti North Atlantic Treaty Organization(NATO)[10], merupakan salah satu contoh kerjasama ketenteraan dimana NATO mempunyai Ibu pejabat tentera berikat SHAPE dan pasukan tentera sendiri iaitu tentera negara-negara anggotanya tetapi tentera setiap negara masih berada dibawah arahan ketua iaitu kerajaan masing-masing sehingga negara tersebut bersetuju untuk menjalankan tugas berkaitan NATO. Selain pakatan ketenteraan, latihan ketenteraan yang dijalankan antara dua atau lebih negara juga merupakan cara untuk meningkatkan kemampuan tentera negara masing-masing. Negara membangun yang menjalankan latihan ketenteraan dengan negara maju akan dapat mengetahui taktik dan persenjataan moden yang digunakan oleh negara maju. Keadaan ini akan menjadikan negara membangun mampu menghadapi serangan musuh pada masa hadapan.
          Selain itu, negara juga mengejar kuasa tentera dengan menjalankan kajian dan penyelidikan untuk menghasilkan peralatan persenjataan dan pertahanan. Sejak era perang dunia kedua, negara yang terlibat telah menggunakan senjata biologi dan senjata pemusnah hasil daripada kajian dan penyelidikan ketenteraan.[11] Pengahasilan peluru berpandu balistik antara benua kini menjadi igauan setiap negara khususnya negara yang sering terlibat dalam peperangan. Antara negara membangun yang kini mampu menghasilkan peluru berpandu balistik nuklear sendiri termasuklah Iran, dan Korea Utara[12] yang dikhuatiri akan menggugat keselamatan antarabangsa dengan memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Negara yang paling berpotensi untuk berperang dengan dua negara ini ialah Amerika Syarikat, Israel, dan Korea Selatan. Penggunaan peralatan seperti peranti GPS dan Pesawat Pengintip UAV juga hasil penyelidikan dan teknologi baru yang diergunakan dalam sistem pertahanan kebanyakan  negara diseluruh dunia.

Kesimpulan.
          Sesebuah negara mesti mempunyai kuasa untuk menjamin kewujudannya dalam sistem anarki antarabangsa. Walau bagaimanapun, teori kebergantungan antara negara lemah dan membangun terhadap negara maju menyatakan bahawa negara lemah kebanyakannya berada dalam kawalan negara kuat dalam aspek pertahanan dan ekonominya. Situasi ini berlaku kerana negara maju tersebut mempunyai kepentingan di negara tersebut sebagai contoh, Amerika membangunkan dan mengawal keamanan dengan menempatkan tenteranya dan sistem pertahanan peluru berpandu BDM di beberapa buah negara di Timur Tengah dan Afrika kerana kedua kawasan ini sering menjadi pusat pergerakan pengganas yang mengancam keselamatan kuasa besar tersebut. Kedaulatan dan kekuasaan sesebuah negara juga dipengaruhi oleh kuasa ketenteraannya. Semakin kuat dan lengkap ketenteraan sesebuah negara, semakin rendah risiko untuk ditakluk oleh kuasa asing. Negara yang mempunyai kerajaan yang berkuasa dalam menentukan arah Politik, sosial dan ekonominya dan menjaga rakyatnya serta menghormati kedaulatan negara lain akan mendapat pengiktirafan daripada negara lain di dunia. Sebagai contoh pentadbiran Taliban di Afganistan yang mendapat pengiktirafan tetapi ditarik semula selepas serangan terhadap bangunan Pusat Dagangan Dunia WTC di New York Amerika Syarikat.




Rujukan.
4.    Adelphi Papers 241.George Lindsey.Strategic Stability in the Arctic.International Security Pages 163-175.
5.    Adelphi Papers 303.John Chipman.Disarmament and Demobilisation after Civil Wars. Civil Wars.pages 103-132.
6.    Markus Kaim.Great Power and Regional Orders.The United States and the Persian Gulf; pages 121-141.
7.    Kuliah Pengantar Hubungan Antarabangsa; Universiti Malaysia Sabah; Diana Peters; 12/10/2011; Power Politics.


[1] Negara yang mempunyai ciri-ciri Negara bangsa akan diiktiraf oleh Negara lain dan diakui kedaulatannya.
[2] Penurunan kuasa seperti yang berlaku kepada kesatuan soviet dimana wilayahnya menuntut kemerdekaan.
[3] Amerika juga mempunyai pangkalan tentera yang menempatkan tentera yang bertugas dan aktif di Negara-negara bekas kesatuan soviet.
[4] Negara pengeluar komoditi kebanyakanya terdiri daripada Negara membangun dan baru mencapai kemerdekaan dari Negara besar. Antaranya Negara asia tenggara yang mengeluarkan komoditi getah dan arang batu dan Negara timur tengah yang mengeluarkan minyak.
[5] Selain Amerika Syarikat dan Rusia, India dan Brazil juga dianggap Negara kuat kerana mempunyai wilayah yang luas dan digeruni musuh. Kedua-dua Negara ini juga dikelaskan antara Negara “middle power”.
[6] Serangan Amerika terhadap Mexico(1846-1848), Serangan China terhadap Vietnam(1979) dan serangan Russia terhadap Georgia(2008).
[7] Peningkatan dilemma keselamatan melalui sistem perluru berpandu balistik antara benua ICBM milik Russia dan sistem amaran awal peluru berbandu balistik BMEWS milik Amerika.
[8] Negara Jerman di bawah pentadbiran Adolf Hitler telah menjadikan Jerman sebuah Negara yang kuat dan digeruni kerana kualiti kepimpinan yang ada pada pemimpin mereka.
[9] Cara perisikan termasuklah dengan menghantar agen perisik untuk menyiasat kelebihan dan kelemahan musuh serta mencetuskan persengketaan antara tentera musuh dengan menyebarkan benih-benih permusuhan.
[10] Pertubuhan ini bertujuan untuk menangani cabaran keselamatan, dan berpandukan nilai kerjasama, kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia bertujuan untuk melindungi Negara-negara angota.(strategic Concept Lisbon Summit, November 2010.)
[11] Penggunaan gas beracun oleh tentera Jerman dan Pengguguran bom atom pertama di Jepun oleh Amerika Syarikat merupakan hasil daripada kajian ketenteraan yang dijalankan.
[12] Kedua-dua Negara ini dikatakan mempunyai niat untuk menyerang Negara lain. Amerika dan sekutunya telah menjalankan beberapa sekatan terhadap Negara tersebut.

Tuesday, 17 April 2012

PENGASINGAN YANG TIDAK ASING LAGI

Assalamualaikum.. Salam Sejahtera.. Salam Satu UMS Kampus Ceria..
Perkara yang saya ingin bangkitkan di sini ialah tentang pengasingan.. Negara memperjuangkan 1Malaysia yang kini menjadi panduan kita semua rakyat Malaysia.. Tapi adakah Gagasan 1Malaysia ini BERJAYA DIJAYAKAN dengan JAYANYA??? Itulah Persoalan Yang Tibul.. Bagi Saya ianya masih tidak menyeluruh dan perlu di pertingkatkan..

1. Saya mengambil contoh di sekolah rendah. seawal umur 7 tahun iaitu darjah 1, kita sudah mula diasuh dengan bentuk pengasingan mengikut kelas-kelas tertentu. adakah ini cara yang bijak? lain orang, lain pendapatnya.. bagi saya, pengasingan ini bersifat diskriminasi dan melanggar hak kesamarataan seorang pelajar.. pelajar yang mendapat keputusan baik diletakkan dalam satu kelas yang diberi perhatian yang lebih manakala pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan diletakkan dalam kelas yang  dikatakan kelas bawah. jadi adakah ini bersesuaian dengan hak asasi manusia yang negara kita amalkan? pelajar yang berada dalam kelas "BIJAK" ini lebih diberi keutamaan seperti kemudahan dan kelas tambahan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkebolehan manakala pelajar yang berada di kelas "BAWAH" sering terlepas peluang dalam segala aktiviti sama ada akademik mahupun kokurikulum. Pelajar yang berada dalam kelas "BAWAH" sering diejek dan dipandang rendah oleh rakan sebaya mereka juga dalam kalangan tenaga pengajar. Baguskah pengasingan ini? Alasan pihak tertentu yang memperjuangkan sistem pembelajaran mengikut kelas ini adalah supaya "kita dapat mengenalpasti dan membantu pelajar yang berpotensi", tetapi adakah cara ini adil bagi pelajar yang dianggap kurang potensi? Jika pelajar "BIJAK" terus digaulkan dalam kalangan pelajar "BIJAK" memang berpotensi menjadi "SANGAT BIJAK".. Tapi adakah difikirkan tentang pembangunan akademik pelajar yang "KURANG BIJAK" yang dikumpulkan bersama pelajar yang "KURANG BIJAK"? Meraka juga akan menjadi "SANGAT KURANG BIJAKSecara mudahnya jika kita memasukkan kain yang baru dibasuh kedalam air sabun, pasti akan menjadikan kain itu lebih bersih.. dan jika kita masukkan kain kotor kedalam air tanah, maka pastinya akan jadi lebih kotor.. jika sistem ini di amalkan di sekolah menengah, masih punyai kerelevanannya, tetapi wajarkah diamalkan terhadap pelajar sekolah rendah yang masih terlalu muda untuk dikelas-kelaskan?

2. Saya juga mengambil contoh sekolah, tetapi ini lain pula halnya. kini kita diperkenalkan dengan program yang dipanggil "SMART SCHOOL" yang cuma menerima pelajar yang berpotensi dan cemerlang sahaja. Bagi saya smart school adalah usaha yang baik tetapi mesti melibatkan semua sekolah kerana adalah tidak adil jika sekolah juga dikatogorikan sedangkan semua pelajar mempunyai hak yang sama dalam mendapatkan pendidikan. Di "SMART SCHOOL", pelajarnya mendapat pelbagai kemudahan yang jauh lebih "SPECIAL" daripada sekolah lain, adakah ini adil? Sekolah bukan "SMART SCHOOL" pula cuma mendapat kemudahan yang "ALACARTE" Sahaja, baguskah begitu? Selain Kemudahan seperti makmal sains, perpustakaan dan pusat multimedia yang lengkap, "SMART SCHOOL" juga dibekalkan dengan guru-guru yang berkebolehan tinggi atau lebih senang lagi dibahasakan dengan "GURU CEMERLANG" yang mempunyai pelbagai kemahiran untuk mendidik. Jadi, pelajar yang berada di "SMART SCHOOL" yang sudah cemerlang kini diajar oleh "GURU CEMERLANG" dan mendapat kemudahan pendidikan yang sempurna seterusnya akan menjadi lebih cemerlang. Bagus Bukan? Tetapi Akan Mewujudkan Satu Sistem Masyarakat Yang Hidup Berbeza Kelas Pada Masa Akan Datang. Jangan pula nanti kita menyalahkan generasi selepas ini jika mengamalkan cara hidup yang bercorak "PENGASINGAN" kerana generasi sekaranglah yang membentuk mereka..

Renung-Renungkan.. Saya Cuma Memberi Pendapat.. Terpulang Kepada Anda Yang Membaca.. Wallahualam..

Sunday, 1 April 2012

DEMOKRASI ATAU SUKA HATI?


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Satu UMS Kampus Ceria..

Hari Ni Aku Nak Sembang Pasal Demokrasi.. Seperti yang diketahui umum, demokrasi telahpun meliputi sebahagian besar dunia dengan majoriti negara menyatakan mereka adalah negara demokrasi.. Walaubagaimanapun, demokrasi mempunyai banyak maksud dan tafsiran.. Pernahkah anda dengar DPRK? Democratic People's Rebublic Of Korea (DPRK) atau lebih dikenali sebagai Korea Utara Juga Menggunakan nama Demokrasi.. Tahukah anda corak pemerintahan dan ciri-ciri dan pentadbiran di Korea Utara? Jika Anda Ingin Maklumat Yang Lebih mengenai DPRK, rujuk http://www.korea-dpr.com/.. link ini akan memberi anda lebih maklumat tentang DPRK kerana topik hari ni bukan tentang DPRK..

Berbalik kepada topik utama iaitu Demokrasi.. Demokrasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu "DEMO-KRATOS" yang bermaksud DEMO=Pemerintahan dan KRATOS=Rakyat.. Demokrasi adalah satu bentuk mentadbiran atau pengurusan dimana undang-undang, dan struktur pentadbiran ditentukan oleh orang bawahan (rakyat).. Kata-kata tokoh terkenal Demokrasi iaitu Abraham Lincoln mengatakan bahawa demokrasi itu bermaksud ''DARI RAKYAT, OLEH RAKYAT DAN KEPADA RAKYAT''.. Dalam sistem demokrasi, Undang-undang atau Perlembagaan adalah digubal oleh rakyat ataupun wakil yang telah dilantik oleh rakyat.. 



Ciri-Ciri moden adalah seperti berikut:
1. Wujud 3 struktuk pengasingan kuasa iaitu Perundangan, Eksekutif Dan Kehakiman dimana ketiga badan ini tidak mempengaruhi antara satu sama lain..
2. Pilihanraya untuk melantik wakil atau pemimpin yang dikelolakan secara bebas dan adil dimana rakyat bebas memilih siapa untuk mewakili mereka..
3. Hak yang sama untuk mengundi.. Rakyat mempunyai hak yang sama dalam melaksanakan tanggungjawab mengundi tanpa ada perbezaan nilai undian antara golongan elit ataupun bukan elit..
4. Kebebasan bersuara termasuklah bebas mengutarakan pendapat, berceramah, berhimpun dan sebagainya selagi tidak menggugat kesejahteraan awam..
5. Kebebasan Media dalam menyiarkan berita tanpa dipengaruhi mana-mana pihak sama ada pro-kerajaan atau anti kerajaan.. Jika Media dipengaruhi mana-mana pihak, unsur bias adalah nyata berlaku..
6. Bebas Berpesatuan iaitu setiap rakyat bebas menyertai mana-mana persatuan atau kelab..
7. Semua rakyat memiliki hak yang sama dalam perundangan.. Satu pra-syarat demokrasi adalah wujudnya aturan undang-undang.
8. Rakyat berpendidikan dan mempunyai pengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.



Secara amnya, demokrasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu demokrasi langsung dan tidak langsung.. Demokrasi langsung bermaksud penyertaan secara langsung rakyat tanpa diwakili oleh sesiapa dalam menentukan sesuatu keputusan contohnya pungutan suara untuk memilih pemimpin atau untuk membuat/membatalkan sesuatu dasar kerajaan.. Dalam demokrasi langsung, tidak wujud parti politik atau persatuan yang mewakili rakyat dalam menyuarakan sesuatu.. Dalam demokrasi secara langsung tidak ada pilihanraya. Olehitu sebarang penyalahgunaan kuasa dielakkan apabila rakyat mengundi untuk mengubah pemimpin pada bila-bila masa sahaja.. Contoh demokrasi lansung ialah dalam..



Demokrasi tidak lansung pula bermaksud demokrasi secara perwakilan dimana rakyat memilih seorang wakil untuk mewakili mereka dalam menyuarakan hak dan kepentingan mereka.. Dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh salah satu sistem demokrasi tak langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti yang menang, pilihanraya dengan majoriti dua pertiga dapat membentuk kerajaan. Kuasa parti yang menang dalam melaksanakan sesuatu dasar lebih dipentingkan berbanding parti yang kalah dan bilangan ahlinya kurang.. Pilihanraya yang berlaku 4-5 tahun sekali sahaja dapat menukar pucuk pimpinan dalam demokrasi secara tak langsung.. Ini bermakna sebarang penyalahgunaan kuasa sukar untuk dielakkan..



Kesimpulannya, demokrasi langsung adalah lebih baik berbanding demokrasi tidak langsung kerana melibatkan semua rakyat tanpa dipengaruhi atau diwakili pihak lain.. Jadi, ianya akan lebih telus dan lebih diyakini serta penyalahgunaan kuasa dapat dielakkan secara terus.. walaubagaimanapun, bilangan rakyat yang ramai menjadikan demokrasi lansung tidak dapat dilaksanakan 100%.. Demokrasi tidak langsung dianggap lebih praktikal kerana mudah dan mewakili semua rakyat dan wakil yang dilantik adalah melalui pilihanraya..

MENGADU DOMBA..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Satu UMS Kampus Ceria.. Hari Ni Saya Ingin Berkongsi Satu Perkara Yang Dipost Oleh Kawan Saya Di FB Berkenaan MENGADU DOMBA.. Selamat Membaca..


Satu entri yang agak panjang tentang mengadu domba. Mari kita hayati bersama-sama….

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”

(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”

(Surah al-Qalam: 11-13) 
Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba

(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba

1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”

(Surah al-Luqman:17)

3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”

(Surah al-Hujuraat: 12)

5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”

(Surah al Hujuraat: 12)

6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.

About Me

My photo
Sowng yg agak fenly & hepy-hepy but kadang2 jiwang sgt..suka touring n mrayap xkira masa..yg penting skali, SUKA COKLAT & YOGURT.. YUMMY!!!

Followers