Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Satu UMS Kampus Ceria..
Hari Ni Aku Nak Sembang Pasal Demokrasi.. Seperti yang diketahui umum, demokrasi telahpun meliputi sebahagian besar dunia dengan majoriti negara menyatakan mereka adalah negara demokrasi.. Walaubagaimanapun, demokrasi mempunyai banyak maksud dan tafsiran.. Pernahkah anda dengar DPRK? Democratic People's Rebublic Of Korea (DPRK) atau lebih dikenali sebagai Korea Utara Juga Menggunakan nama Demokrasi.. Tahukah anda corak pemerintahan dan ciri-ciri dan pentadbiran di Korea Utara? Jika Anda Ingin Maklumat Yang Lebih mengenai DPRK, rujuk http://www.korea-dpr.com/.. link ini akan memberi anda lebih maklumat tentang DPRK kerana topik hari ni bukan tentang DPRK..
Berbalik kepada topik utama iaitu Demokrasi.. Demokrasi berasal daripada perkataan Yunani iaitu "DEMO-KRATOS" yang bermaksud DEMO=Pemerintahan dan KRATOS=Rakyat.. Demokrasi adalah satu bentuk mentadbiran atau pengurusan dimana undang-undang, dan struktur pentadbiran ditentukan oleh orang bawahan (rakyat).. Kata-kata tokoh terkenal Demokrasi iaitu Abraham Lincoln mengatakan bahawa demokrasi itu bermaksud ''DARI RAKYAT, OLEH RAKYAT DAN KEPADA RAKYAT''.. Dalam sistem demokrasi, Undang-undang atau Perlembagaan adalah digubal oleh rakyat ataupun wakil yang telah dilantik oleh rakyat..
Ciri-Ciri moden adalah seperti berikut:
1. Wujud 3 struktuk pengasingan kuasa iaitu Perundangan, Eksekutif Dan Kehakiman dimana ketiga badan ini tidak mempengaruhi antara satu sama lain..
2. Pilihanraya untuk melantik wakil atau pemimpin yang dikelolakan secara bebas dan adil dimana rakyat bebas memilih siapa untuk mewakili mereka..
3. Hak yang sama untuk mengundi.. Rakyat mempunyai hak yang sama dalam melaksanakan tanggungjawab mengundi tanpa ada perbezaan nilai undian antara golongan elit ataupun bukan elit..
4. Kebebasan bersuara termasuklah bebas mengutarakan pendapat, berceramah, berhimpun dan sebagainya selagi tidak menggugat kesejahteraan awam..
5. Kebebasan Media dalam menyiarkan berita tanpa dipengaruhi mana-mana pihak sama ada pro-kerajaan atau anti kerajaan.. Jika Media dipengaruhi mana-mana pihak, unsur bias adalah nyata berlaku..
6. Bebas Berpesatuan iaitu setiap rakyat bebas menyertai mana-mana persatuan atau kelab..
7. Semua rakyat memiliki hak yang sama dalam perundangan.. Satu pra-syarat demokrasi adalah wujudnya aturan undang-undang.
8. Rakyat berpendidikan dan mempunyai pengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik.
Secara amnya, demokrasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu demokrasi langsung dan tidak langsung.. Demokrasi langsung bermaksud penyertaan secara langsung rakyat tanpa diwakili oleh sesiapa dalam menentukan sesuatu keputusan contohnya pungutan suara untuk memilih pemimpin atau untuk membuat/membatalkan sesuatu dasar kerajaan.. Dalam demokrasi langsung, tidak wujud parti politik atau persatuan yang mewakili rakyat dalam menyuarakan sesuatu.. Dalam demokrasi secara langsung tidak ada pilihanraya. Olehitu sebarang penyalahgunaan kuasa dielakkan apabila rakyat mengundi untuk mengubah pemimpin pada bila-bila masa sahaja.. Contoh demokrasi lansung ialah dalam..
Demokrasi tidak lansung pula bermaksud demokrasi secara perwakilan dimana rakyat memilih seorang wakil untuk mewakili mereka dalam menyuarakan hak dan kepentingan mereka.. Dalam demokrasi tak langsung terdapat pelbagai parti. Contoh salah satu sistem demokrasi tak langsung iaitu dalam demokrasi liberal, parti yang menang, pilihanraya dengan majoriti dua pertiga dapat membentuk kerajaan. Kuasa parti yang menang dalam melaksanakan sesuatu dasar lebih dipentingkan berbanding parti yang kalah dan bilangan ahlinya kurang.. Pilihanraya yang berlaku 4-5 tahun sekali sahaja dapat menukar pucuk pimpinan dalam demokrasi secara tak langsung.. Ini bermakna sebarang penyalahgunaan kuasa sukar untuk dielakkan..
Kesimpulannya, demokrasi langsung adalah lebih baik berbanding demokrasi tidak langsung kerana melibatkan semua rakyat tanpa dipengaruhi atau diwakili pihak lain.. Jadi, ianya akan lebih telus dan lebih diyakini serta penyalahgunaan kuasa dapat dielakkan secara terus.. walaubagaimanapun, bilangan rakyat yang ramai menjadikan demokrasi lansung tidak dapat dilaksanakan 100%.. Demokrasi tidak langsung dianggap lebih praktikal kerana mudah dan mewakili semua rakyat dan wakil yang dilantik adalah melalui pilihanraya..



.jpg)

No comments:
Post a Comment