Thursday, 19 April 2012

PENGKRITIK.

Assalamualaikum.. Salam Satu Malaysia.. Salam Satu UMS Kampus Ceria..

Topik saya hari ni ada lah pengkritik.. Semua orang yang gemar berkata-kata ini tidak dapat dinafikan bahawa mereka adalah pengkritik.. Cuma persoalannya adalah, adakah kritikan mereka itu merupakan kritikan bernas yang membina atau sebaliknya.. Itu yang mesti difikirkan sebelum berkata-kata.. Setiap orang boleh bercakap sesuka hati mereka atas dasar kebebasan bersuara(tidak melibatkan golongan kurang berkeupayaan) tetapi adakah mereka boleh berkelakuan seperti apa yang keluar dari mulut mereka? Mari kita renungkan bersama..

Agak sukar untuk seseorang itu mengawal percakapannya jika dia memang seorang yang suka bercakap.. Secara teknikalnya memang tidak boleh kerana memang lumrah manusia yang lebih gemar mengikut kebiasaan daripada kewajipan.. Firman Allah SWT yang bermaksud "Allah Yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan al-Quran. Allah menciptakan manusia, mengajarnya berbicara dan menerangkan sesuatu cetusan daripada fikiran dan perasaannya".. Jadi Kebebasan bersuara yang diperjuangkan di Barat dalam Demokrasi telahpun dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-quran. Walaubagaimanapun, terdapat juga batas-batas yang tidak boleh diperkatakan oleh seseorang bagi menjaga hak individu lain.. Firman Allah SWT yang bermaksud "Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata".. Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa adalah menjadi tanggungjawab seseorang mukmin itu untuk menjaga percakapannya supaya tidak mencetus kemarahan, mengguris perasaan adau mengaibkan individu lain..
Jadi ingatlah bahawa dalam setiap perkataan yang keluar dari mulut kita ini mempunyai impak yang besar jika tidak dikawal.. Pepatah melayu mengatakan "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".. Seseorang yang tidak mencaga percakapannya juga digelar "Mulut Tempayan" kerana sentiasa terbuka dan tidak boleh dirapatkan bibirnya.. Akan tetapi, masyarakat menggunakan talam untuk menutup mulut tempayan, jadi adalah tidak salah bagi kita untuk meletakkan talam di bibir mereka yang "Mulut Tempayan" sebagai cara  untuk menutup mulut mereka..
Renung-renungkan..
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Sowng yg agak fenly & hepy-hepy but kadang2 jiwang sgt..suka touring n mrayap xkira masa..yg penting skali, SUKA COKLAT & YOGURT.. YUMMY!!!

Followers