Wednesday, 18 April 2012


APAKAH UNSUR-UNSUR KEKUATAN NEGARA? BAGAIMANAKAH NEGARA MENGUKUR DAN MENINGKATKAN KUASA KETENTERAANNYA?


Oleh Amir Syarkawi Bin Abu Samah
16 November 2011




Pengenalan.
Negara ialah sesuatu kawasan yang didiami oleh sekumpulan manusia yang mempunyai sistem pentadbiran sendiri termasuklah mengatur ekonomi, politik, sosial, ketenteraan dan keamanan Negara tersebut. Sesebuah Negara itu dipanggil Negara jika mempunyai ciri-ciri berikut iaitu, kerajaan yang berdaulat, penduduk yang taat setia, dan wilayah yang bersempadan.[1] Menurut Roger F. Soltau,Negara ialah alat yang mengarur dan mengendalikan persoalan bersama atas nama masyarakat. Menurut George Jellinek, Negara ialah organisasi kekuasaan dari kelompok manusia yang telah mendiami sesuatu kawasan. Manakala menurut Prof. R. Djokosoetono, Negara dilihat sebagai satu organisasi manusia yang berada dibawah satu pemerintahan yang sama. Antara fungsi sesebuah Negara ialah untuk mensejahterakan rakyatnya, melaksanakan ketertiban, mempertahankan keamanan dan menegakkan keadilan. Sesebuah Negara yang berjaya ialah Negara yang mampu member kebahagiaan kepada rakyatnya, membawa kesejahteraan kepada rakyat, menegakkan undang-undang yang digubal untuk mengawal rakyat dan mempertahankan rakyat dan wilayah daripada sebarang gangguan dari dalam dan luar Negara.
Unsur-unsur dalam kuasa kerajaan (negara).
          Kuasa Negara ialah kemampuan sesebuah untuk mengekalkan kewujudan Negara tersebut dalam sistem antarabangsa. Sesebuah Negara yang kuat mampu mengawal atau mempengaruhi Negara lain dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Negara yang mempunyai kuasa kerajaan yang kuat lazimnya menduduki tangga teratas dalam sistem antarabangsa yang berbentuk anarki. Sebelum perang Napoleon, Negara yang terkuat ialah Itali manakala selepas perang dunia pertama, Britain/British muncul sebagai kuasa terkuat setelah berjaya menguasai 1/3 dunia. Sehingga kini, Amerika Syarikat masih menduduki anarki teratas sejak tamatnya perang dunia kedua selepas kejatuhan Kesatuan Soviet(USSR) pada era perang dingin. Sejak kebelakangan ini, struktur hubungan kuasa antara Negara-negara telah menjadi lebih rumit juga dipanggil “devolution of power”.[2]
Unsur penting dalam kuasa sesebuah Negara/kerajaan ialah kuasa ketenteraan. Kuasa ketenteraan merujuk kepada kekuatan infantri(bilangan), persenjataan, dan jumlah pangkalan tentera di seluruh dunia. Seperti yang diketahui umum, Amerika Syarikat merupakan Negara yang paling berpengaruh dalam bidang ketenteraan terutamanya terhadap Negara yang sedang membangun. Dalam tahun 2001 hingga 2003, Amerika mempunyai lebih 730 pangkalan senjata dan pangkalan tentera di lebih 50 buah Negara seluruh dunia.[3]
Selain itu, unsur dalam kuasa sesebuah Negara ialah ekonomi Negara tersebut. Hal ini termasuklah kestabilan nilai matawang Negara tersebut. Sesebuah Negara yang mempunyai nilai matawang yang tinggi dan stabil akan berada di atas dalam anarki sistem antarabangsa. Negara yang menghasilkan produk siap yang sangat diperlukan oleh Negara membangun akan menjadi Negara yang sangat berpengaruh dalam sistem antarabangsa. Negara tersebut juga akan mengusai ekonomi dunia kerana mereka akan membeli bahan mentah dari Negara pengeluar bahan komoditi[4] dengan harga rendah dan menghasilkan produk siap yang lebih tinggi nilainya dan menjual semula kepada Negara pengeluar dengan harga lebih tinggi.
Keluasan wilayah juga merupakan salah satu unsur yang ada dalam kuasa sesebuah Negara. Wilayah sesebuah Negara yang luas lazimnya mempunyai kuasa kerajaan yang agak kuat berbanding Negara lain.[5] Ini kerana Negara tersebut mampu menangkis serangan musuh apabila diserang kerana musuh memerlukan masa yang lama untuk menakluk Negara tersebut. Ini akan memberi kesempatan kepada Negara itu untuk menyediakan kelengkapan pertahanan sebelum musuh berjaya sampai ke ibu kota.
Seterusnya, pengaruh sesebuah Negara dalam sistem antarabangsa juga merupakan unsur dalam kuasa Negara. Contohnya kewujudan kuasa veto dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) yang berkuasa dalam banyak keputusan pertubuhan tersebut. Negara-negara ini dipanggil kuasa besar selepas memenangi perang dunia kedua. Negara yang berada berdekatan dengan salah satu Negara kuasa besar ini lazimnya akan dipengaruhi sama ada dalam aspek ekonomi, politik mahupun sosial dan jika menentang ataupun terdapat perbezaan pendapat, kebarangkalian untuk diserang atau dijajah adalah sangat tinggi.[6]
Mengukur kuasa ketenteraan.
            Terdapat beberapa perkara yang diambil kira dalam mengukur dan menentukan kekuasaan ketenteraan sesebuah Negara. Walau bagaimanapun, perkara-perkara ini boleh di bahagikan kepada dua bahagian iaitu nyata dan tidak nyata. Ukuran yang nyata antaranya ialah geografi dan demografi. Dalam faktor ini, perkara utama ialah keluasan Negara itu sendiri. Keluasan Negara itu menentukan strategi peperangan dan pertahanan Negara tersebut. Selain itu, keluasa wilayah juga lazimnya mempengaruhi jumlah penduduk di sesebuah Negara yang seterusnya akan memudahkan Negara tersebut untuk mendapatkan tenaga kerja untuk mengekstrak sumber-sumber Negara tersebut. Negara yang luas mempunyai banyak kawasan yang mampu membekalkan bahan mentah atau komoditi penting untuk pembangunan Negara tersebut.
          Akhir sekali, lokasi dan persempadanan Negara tersebut. Lokasi yang strategi akan memudahkan sesebuah Negara untuk menguruskan ketenteraan untuk menyerang mahupun mempertahankan diri. Negara Amerika contohnya, bersempadan dengan Russia di bahagian barat tetapi berada dalam kawasan Negara-negara membangun iaitu di bahagian selatan. Oleh sebab itu, kekuatan pertahanan lebih ditumpukan di sempadan Amerika-Russia iaitu di Alaska. Kedua-dua Negara kuasa besar ini sentiasa berjaga-jaga dan menyimpan prasangka antara satu sama lain. Walaupun era perang dingin sudah berlalu, kelihatannya kedua Negara ini masih terlibat dalam perlumbaan senjata.[7]
          Sumber semulajadi dan ekonomi sesebuah Negara juga merupakan faktor nyata dalam mengukur kuasa ketenteraan. Kekayaan sesebuah Negara sangat bergantung kepada sumber komoditi seperti arang batu, petroleum dan uranium yang amat penting untuk sektor perindustrian. Negara yang luas dan mempunyai sumber yang mencukupi adalah Negara yang berkelebihan "self sufficient”.
          Faktor tidak nyata pula termasuklah kualiti pemimpin sesebuah Negara, kualiti perisikan, kesihatan dan teknologi persenjataan. Sesebuah Negara yang mempunyai pemimpin yang berkaliber akan mempunyai keistimewaan dalam mendapatkan status Negara kuat.[8] Contohnya, kebangkitan Negara Jepun semasa perang dunia kedua adalah disebabkan pentadbiran pemimpin yang bagus iaitu Maharaja Mikado Meiji yang bermatlamat untuk memajukan Jepun dan menguasai sistem antarabangsa. Negara juga dianggap kuat apabila mendapat sokongan daripada rakyat dan masyarakat antarabangsa. Seterusnya, kualiti perisikan dan teknologi persenjataan sesebuah Negara juga menjadi faktor tidak nyata tentang kuasa dan kekuatan sesebuah Negara. Agensi perisikan contohnya CIA memainkan peranan penting dalam mengumpul maklumat awal tentang musuh dan menganalisa kemampuan musuh dan kelemahan sebagai persediaan sebelum menghadapi serangan atau melancarkan serangan. Menurut Kautilya dalam karyanya Artasastra bahawa sesebuah kerajaan perlu menjalankan usaha memujuk, mempengaruhi dan mendesak musuh tidak kira dengan apa cara sekalipun termasuklah dengan cara perisikan.[9]

 Mengejar(meningkatkan) kuasa tentera.
          Kepentingan kuasa ketenteraan pada abad ini merupakan satu kewajipan terhadap sesebuah negara jika mahu terus wujud dan berdaulat dalam sistem antarabangsa. Terdapat beberapa kaedah atau cara yang dilakukan oleh negara-negara dalam mengejar kuasa ketenteraan. Walaupun era perang dingin iaitu zaman perlumbaan senjata dan teknologi yang sengit antara dua kuasa besar dunia iaitu Amerika dan USSR, kebanyakan negara terutamanya negara kuasa besar masih lagi mengejar dan meningkatkan kuasa tentera masing-masing. Pada tahun 2008, negara yang berada dalam lima tangga teratas dalam perbelanjaan ketenteraan adalah negara kuasa besar seperti dalam jadual dibawah.

Negara
Perbelanjaan US dolar
(Bilion)
% keseluruhan dunia
Kedudukan
Amerika Syarikat
711
42.28
1
China
121.9
8.28
2
Russia
70
4.75
3
United Kingdom
55.4
3.76
4
Perancis
54
3.67
5
Jadual 1: perbelanjaan ketenteraan negara kuasa besar tahun 2008.

          Cara yang pertama dalam mengejar dan meningkatkan kuasa tentera ialah dengan menjalinkan kerjasama ketenteraan dengan negara lain. Cara ini dapat menjamin keselamatan sesebuah negara kerana dengan terjalinnya hubungan erat, negara lain akan membantu negara tersebut jika berhadapan dengan serangan musuh. Perikatan seperti North Atlantic Treaty Organization(NATO)[10], merupakan salah satu contoh kerjasama ketenteraan dimana NATO mempunyai Ibu pejabat tentera berikat SHAPE dan pasukan tentera sendiri iaitu tentera negara-negara anggotanya tetapi tentera setiap negara masih berada dibawah arahan ketua iaitu kerajaan masing-masing sehingga negara tersebut bersetuju untuk menjalankan tugas berkaitan NATO. Selain pakatan ketenteraan, latihan ketenteraan yang dijalankan antara dua atau lebih negara juga merupakan cara untuk meningkatkan kemampuan tentera negara masing-masing. Negara membangun yang menjalankan latihan ketenteraan dengan negara maju akan dapat mengetahui taktik dan persenjataan moden yang digunakan oleh negara maju. Keadaan ini akan menjadikan negara membangun mampu menghadapi serangan musuh pada masa hadapan.
          Selain itu, negara juga mengejar kuasa tentera dengan menjalankan kajian dan penyelidikan untuk menghasilkan peralatan persenjataan dan pertahanan. Sejak era perang dunia kedua, negara yang terlibat telah menggunakan senjata biologi dan senjata pemusnah hasil daripada kajian dan penyelidikan ketenteraan.[11] Pengahasilan peluru berpandu balistik antara benua kini menjadi igauan setiap negara khususnya negara yang sering terlibat dalam peperangan. Antara negara membangun yang kini mampu menghasilkan peluru berpandu balistik nuklear sendiri termasuklah Iran, dan Korea Utara[12] yang dikhuatiri akan menggugat keselamatan antarabangsa dengan memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Negara yang paling berpotensi untuk berperang dengan dua negara ini ialah Amerika Syarikat, Israel, dan Korea Selatan. Penggunaan peralatan seperti peranti GPS dan Pesawat Pengintip UAV juga hasil penyelidikan dan teknologi baru yang diergunakan dalam sistem pertahanan kebanyakan  negara diseluruh dunia.

Kesimpulan.
          Sesebuah negara mesti mempunyai kuasa untuk menjamin kewujudannya dalam sistem anarki antarabangsa. Walau bagaimanapun, teori kebergantungan antara negara lemah dan membangun terhadap negara maju menyatakan bahawa negara lemah kebanyakannya berada dalam kawalan negara kuat dalam aspek pertahanan dan ekonominya. Situasi ini berlaku kerana negara maju tersebut mempunyai kepentingan di negara tersebut sebagai contoh, Amerika membangunkan dan mengawal keamanan dengan menempatkan tenteranya dan sistem pertahanan peluru berpandu BDM di beberapa buah negara di Timur Tengah dan Afrika kerana kedua kawasan ini sering menjadi pusat pergerakan pengganas yang mengancam keselamatan kuasa besar tersebut. Kedaulatan dan kekuasaan sesebuah negara juga dipengaruhi oleh kuasa ketenteraannya. Semakin kuat dan lengkap ketenteraan sesebuah negara, semakin rendah risiko untuk ditakluk oleh kuasa asing. Negara yang mempunyai kerajaan yang berkuasa dalam menentukan arah Politik, sosial dan ekonominya dan menjaga rakyatnya serta menghormati kedaulatan negara lain akan mendapat pengiktirafan daripada negara lain di dunia. Sebagai contoh pentadbiran Taliban di Afganistan yang mendapat pengiktirafan tetapi ditarik semula selepas serangan terhadap bangunan Pusat Dagangan Dunia WTC di New York Amerika Syarikat.




Rujukan.
4.    Adelphi Papers 241.George Lindsey.Strategic Stability in the Arctic.International Security Pages 163-175.
5.    Adelphi Papers 303.John Chipman.Disarmament and Demobilisation after Civil Wars. Civil Wars.pages 103-132.
6.    Markus Kaim.Great Power and Regional Orders.The United States and the Persian Gulf; pages 121-141.
7.    Kuliah Pengantar Hubungan Antarabangsa; Universiti Malaysia Sabah; Diana Peters; 12/10/2011; Power Politics.


[1] Negara yang mempunyai ciri-ciri Negara bangsa akan diiktiraf oleh Negara lain dan diakui kedaulatannya.
[2] Penurunan kuasa seperti yang berlaku kepada kesatuan soviet dimana wilayahnya menuntut kemerdekaan.
[3] Amerika juga mempunyai pangkalan tentera yang menempatkan tentera yang bertugas dan aktif di Negara-negara bekas kesatuan soviet.
[4] Negara pengeluar komoditi kebanyakanya terdiri daripada Negara membangun dan baru mencapai kemerdekaan dari Negara besar. Antaranya Negara asia tenggara yang mengeluarkan komoditi getah dan arang batu dan Negara timur tengah yang mengeluarkan minyak.
[5] Selain Amerika Syarikat dan Rusia, India dan Brazil juga dianggap Negara kuat kerana mempunyai wilayah yang luas dan digeruni musuh. Kedua-dua Negara ini juga dikelaskan antara Negara “middle power”.
[6] Serangan Amerika terhadap Mexico(1846-1848), Serangan China terhadap Vietnam(1979) dan serangan Russia terhadap Georgia(2008).
[7] Peningkatan dilemma keselamatan melalui sistem perluru berpandu balistik antara benua ICBM milik Russia dan sistem amaran awal peluru berbandu balistik BMEWS milik Amerika.
[8] Negara Jerman di bawah pentadbiran Adolf Hitler telah menjadikan Jerman sebuah Negara yang kuat dan digeruni kerana kualiti kepimpinan yang ada pada pemimpin mereka.
[9] Cara perisikan termasuklah dengan menghantar agen perisik untuk menyiasat kelebihan dan kelemahan musuh serta mencetuskan persengketaan antara tentera musuh dengan menyebarkan benih-benih permusuhan.
[10] Pertubuhan ini bertujuan untuk menangani cabaran keselamatan, dan berpandukan nilai kerjasama, kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia bertujuan untuk melindungi Negara-negara angota.(strategic Concept Lisbon Summit, November 2010.)
[11] Penggunaan gas beracun oleh tentera Jerman dan Pengguguran bom atom pertama di Jepun oleh Amerika Syarikat merupakan hasil daripada kajian ketenteraan yang dijalankan.
[12] Kedua-dua Negara ini dikatakan mempunyai niat untuk menyerang Negara lain. Amerika dan sekutunya telah menjalankan beberapa sekatan terhadap Negara tersebut.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Sowng yg agak fenly & hepy-hepy but kadang2 jiwang sgt..suka touring n mrayap xkira masa..yg penting skali, SUKA COKLAT & YOGURT.. YUMMY!!!

Followers