Tuesday, 3 January 2012

My Days..

Assalamualaikum..

Salam Satu UMS Kampus Ceria..
Pertama sekali aku mula dengan pepatah melayu, 'nasi sudah menjadi bubur'.. Apa yang kita selalu difahamkan dengan maksud pepatah ini adalah keburukan sahaja. Ketahuilah Oleh kamu bahawa setiap yang berlaku (BURUK) pasti ada kebaikannya.. Buka aku nak membantah atau nak burukkan pepatah ini.. Tapi bila sebut je pepatah ni semua cakap 'TIADA HARAPAN LAGI'.. Siapakah Dia Untuk berkata seperti itu? Maha kuasakah Dia? Firman Allah dalam Al-Quran yang Bermaksud "Tidak Aku Turunkan Bala Itu Melainkan Untuk Memberi Peringatan Kepada Hamba-hambaku".. Jadi tidak boleh seseorang manusia itu mengatakan "TIDAK ADA HARAPAN LAGI" kepada sesuatu perkara..

Pernah seseorang pemuda datang kepada Rasulullah dan berkata 'ya Rasulullah, saya sudah melakukan satu kesalahan yang teramat besar dosanya'. Maka Bagiinda bertanya 'adakah dosa kesalahan kamu itu sebesar lautan?' pemuda itu berkata 'lebih besar dari lautan'. Baginda bertanya lagi 'sebesar duniakah dosa kamu itu?'
Pemuda menjawab 'lebih besar dari besarnya dunia, ya Rasulullah'. Baginda bertanya lagi 'sebesar alam inikah dosa kamu itu?' pemuda menjawab 'lebih besar dari itu, ya Rasulullah". Baginda bertanya lagi 'adakah besarnya dosa kamu itu setara dengan besarnya keampunan Allah SWT?' Pemuda itu terdiam. Kemudian baginda menyambung 'sesungguhnya lautan keampunan Allah itu tiada tepinya mahupuun dasarnya, jadi segeralah kamu bertaubat dengan sebenar-benar taubat'..

Pernahkah anda mendengar ayat ini? "SESUNGGUHNYA AGAMA TIDAK PERNAH MERUMITKAN ADAT RESAM KAMU, SEBALIKNYA ADAT RESAM KAMULAH YANG SELALU MEMESONGKAN AGAMA" Contohnya saya ambil kes perkahwinan. Orang Melayu lazimnya akan mengeluarkan kata-kata "DAH TAKDA ORANG MELAYU DAH KE KAU NAK KAWIN?'' apabila anak mereka membuat keputusan untuk mendirikan MASJID bersama pasangan dari kaum lain.. Islam telah menyatakan beberapa jenis perempuan yang haram kita kahwini iaitu sudah tentulah darah daging dan beberapa golongan yang lain tetapi tidak dinyatakan "JANGANLAH KAMU MENGAHWINI PEREMPUAN/LELAKI DARI SUKU BANGSA ATAU KAUM YANG BERBEZA".. Tiada kan? Jadi jelaslah Adat menjadikan manusia ini berbeza-beza sedangkan Agama cuma menyatakan dalam Al-Quran "WAHAI UMAT MANUSIA/WAHAI UMAT MUHAMMAD/WAHAI ORANG YANG BERIMAN" dan tidak pula dinyatakan "WAHAI KAUM (A)/WAHAI KAUM (B) mahupun WAHAI KAUM (C)..

Jadi anda sebaiknya memikirkan punca terjadinya perang saudara? Punca Runtuhnya Kerajaan-kerajaan Islam dan kenapa wujudnya sempadan-sempadan dalam peta dunia dengan nama-nama yang berbeza? Berfikirlah dengan AKAL dan bukan dengan OTAK.. Amatilah Dengan MATA HATI dan bukan dengan MATA KEPALA..

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Sowng yg agak fenly & hepy-hepy but kadang2 jiwang sgt..suka touring n mrayap xkira masa..yg penting skali, SUKA COKLAT & YOGURT.. YUMMY!!!

Followers