Thursday, 5 January 2012

Antara HASAD dengan TANGGUNGJAWAB

Assalamualaikum..

Salam Satu UMS Kampus Ceria..
Terlebih dahulu saya ingin kongsikan Hadith yang saya ambil dari HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM iaitu "Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu (sebagai pembeli) pura-pura menurunkan harga yang tinggi dengan tujuan memperdaya orang lain supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi, dan janganlah kamu benci membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pulau memulaukan sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain; (janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang keji itu) tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara”.



Baru-baru ni aku ada tengok sa
tu post dalam FB tentang seorang pelajar cemerlang SPM.. Dalam post tu menunjukkan gambar oelajar tersebut tidak menutup rambutnya(tak pakai tudung la).. Bukan saya ingin bercerita tentang itu.. Berbalik Kepada tajuk utama iaitu antara hasad dan tanggungjawab.. Pengepos berpendirian bahawa dia bertanggungjawab untuk membetulkan kesalahan pelajar tersebut, malangnya dia mungkin terlepas pandang bahawa perbuatan dia mengepos post tersebut merubakan satu kesalahan baik disisi Agama mahupun dalam undang-undang negara.. Islam menegah umatnya daripada melakukan perkara/tindakan yang boleh mendatangkan malu terhadap diri sendiri mahupun orang lain atau lebih indah lagi panggil "tindakan mengaibkan orang lain". 


Mengikut undang-undang Malaysia pula menyatakan bahawa " tindakan merakam, menyimpan mahupun mengedar apa-apa bahan atau salinan milik individu lain tanpa kebenaran adalah menjadi satu kesalahan dan boleh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100".. Selain undang-undang ini, mangsa juga berhak untuk membuat tuntutan atau saman malu terhadap individu yang mengaibkannya..




Memang betul, dia salah kerana mendedahkan aurat.. Tetapi ianya tidak menghalalkan sesiapa pun untuk melakukan tindakan sebegitu.. Jika benar pengepos merasakan dia bertanggungjawab, dia hendaklah mengemukakan pendapat dan nasihatnya secara terus kepada Pelajar tersebut dan bukan dengan cara mengaibkan dia.. Akhir kata Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud  “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)..

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Sowng yg agak fenly & hepy-hepy but kadang2 jiwang sgt..suka touring n mrayap xkira masa..yg penting skali, SUKA COKLAT & YOGURT.. YUMMY!!!

Followers